9W2 KRS @ MOHD ZAIDI HJ ISA
Contact me at 1) my email: mzi790129@yahoo.com.my 2) my YM: mzi790129
Thursday, January 20, 2011
Monday, February 1, 2010
Thursday, January 14, 2010
Wednesday, December 23, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Friday, November 13, 2009
Coretan Ummi khas buat Nur Aisyah Iman Bte Mohd Zaidi
Anakku sayang…
Kehadiranmu begitu ummi dan baba nantikan…selama dua tahun setengah perkahwinan ummi dan baba ,kami diberi perkhabaran gembira bahawa Allah telah mengabulkan doa kami dengan kehadian Iman di dalam rahim ummi…
Bermula saat itu, ummi berasa sangat bahagia dengan mendengar degupan jantung Iman…gerak balas Iman dan setiap saat yang berlalu amat bererti pada ummi dan baba…
Anakku sayang…
Bermula dengan degupan jantungmu, pergerakkanmu seperti bermain bola dalam perut ummi,kekadang tu ummi merasakan Iman mengeras sahaja dan perlakuanmu sayang mengundang debaran dan perasaan asing yang tidak termampu diucapkan dengan kata-kata….
Tanggal 21 Febuari 2009 jam 1.15 pagi, Iman selamat ummi lahirkan…ummi terus menangis kesyukuran, satu perasaan yang ummi tidak dapat gambarkan…diluahkan dengan kata-kata…Baba dan nenek menunggu dengan penuh debaran di ruang menunggu kamar bersalin Hospital Besar Melaka… Kami memanjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah di atas segala-galanya yang berjalan dengan lancar dan selamat…
Nur Aisyah Iman, anakku sayang…
Setiap saat yang ummi lalui dalam tempoh berpantang memberikan ummi satu pengalaman unik. Ragam Iman yang tidak mahu tidur bermula jam 1.00 pagi sehinggalah jam 6.00 pagi membuatkan ummi bimbang dan tanpa disedari air mata ummi mengalir membasahi pipi ummi nak….ummi takut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepadamu sayang…
Genap sebulan usia Iman, ummi dan nenek membawa Iman ke klinik untuk check up kali pertama. Alhamdulillah, berat badan Iman bertambah dari 3.0 kg kepada 4.2 kg… kamu semakin comel sayang…membesar di hadapan mata kami semua..
Nur Aisyah Iman, permata hati ummi…
Ketika usia Iman menginjak ke bulan kedua, Iman batuk-batuk yang lambat baik...sudah tiga orang doktor ummi dan baba ikhtiarkan, tidak juga berkurang batuk-batuk Iman...ummi sungguh gusar dan mengambil keputusan nekad membawa Iman berjumpa dengan pakar, Dr. Zainal Abidin Hospital Pakar Putra. Ummi dah bersedia dengan mental dan fizikal sekiranya Iman ditahan wad. Seperti dijangka Iman ditahan wad pada malam itu juga. Berlinang air mata ummi, baba dan nenek...mengenangkan Iman, bayi berusia dua bulan dimasukkan ke hospital. Ummi dan baba menjaga Iman selama 4 hari dan nenek serta atuk setiap hari berada di sisi Iman. Alhamdulillah, rawatan yang Iman terima menunjukkan progresif positif. Apa yang penting, Iman sihat dan baik, mujur tiada jangkitan kuman pada paru-paru Iman sayang...
Ummi tidak kisah pasal kos perubatan yang tinggi kerana pada ummi, kesihatan Iman adalah perkara terpenting pada kami semua...
Anak ummi sayang...
Ummi cukup bahagia melihat tumbesaran Iman yang aktif...Iman mula tersenyum, ketawa, menggenggam tangan ummi dan baba, mengeluarkan suara, mula menendang kaki, mengiring dan kini Iman dah mula belajar meniarap...sungguh lucu dan terhibur ummi memerhatikan tingkah Iman...kekadang tu, Iman cukup cepat merajuk, mengangkat punggung, mengeraskan badan sehinggakan ummi terfikir Iman mengikut perangai ummi yang cepat naik angin. Anak ummi sayang, janganlah mengikut perangai ummi yang cepat melenting, tetapi contohilah perangai baba yang sebenarnya cukup penyabar orangnya...sabar dengan karenah ummi...
Nur Aisyah Iman, permata hati ummi...
Kamu kini sudah bertambah semangat nak..5.4 kg. Iman semakin proaktif, cerdik dan keletah. Dua hari Iman begitu sensitif apabila menerima suntikan imunisasi yang kedua. Bak kata nenek, Iman macam anak emas, begitu berhati-hati apabila nak dipegang. Semalam kita ke rumah Nenek Yang di Alor Gajah. Gembira sekali nenek yang melihat Iman yang semakin comel dan cerah kulitnya.
Iman sayang...
Pertama kali ummi melihat Iman sudah pandai meniarap tepat jam 1.54 pagi 17/7/2009 nak...ummi gembira sangat...bersusah payah Iman menolak badan agar dapat meniarap. Ini kali kedua Iman meniarap. Kali pertama nenek dan nenek ngah yang dapat saksikan...apa yang pasti sayang, kamu semakin membesar dengan baik dan cergas...
Iman sayang...
Sudah lama ummi tidak menaip cerita ini nak...maafkan ummi kerana agak sibuk dengan tugas-tugas ummi...sayang...sekarang ni bulan Ramadhan yang mulia,semua umat Islam berpuasa dan memperbanyakkan ibadah. Tak lama lagi, kita akan menyambut hari raya. Baju kurung Iman ummi dah sediakan, sepasang dengan ummi...Progress iman sekarang adalah iman dah mula berpusing 360◦. Bila masuk walker je ,iman dah mula bergerak laju...ummi ingat lagi saat-saat iman dalam walker..hari pertama, dada iman perlu disokong dengan bantal..hari kedua, iman dah pandai bersandar..hari ketiga,langsir nenek dah tercabut..hari keempat, iman dah kejar kak ngah terus masuk dalam bilik...dan hari kelima, iman dah pandai ’kemaskan’ plastik maklong berniaga...hahahhaaa...lucu sungguh bila kenangkan semua itu..ummi sayangkan kamu nak....amat amat sayang...
Anak ummi sayang, Nur Aisyah Iman...
Aisyah Iman sekarang sudah 7.0 kg…semalam Iman sudah menunjukkan skil untuk mula merangkak…tergelak paklong n maklong melihatkan gelagat Iman…ummi yang tengah mengantuk pun boleh segar melihat keletahmu sayang..Iman semakin membesar dengan baik, cantik, comel dan semakin bijak...

